BEIJING - Seorang lelaki di China yang mengaku sebagai paranormal, ditangkap polis kerana menyetubuhi pesakit wanita.
Huang Jianjun ditangkap polis di Wilayah Guandong, setelah mangsanya terperdaya oleh rayuannya.
Menurut pemberitaan Upi.com, Khamis (12/9/2013), peristiwa bemula ketika mangsa meminta Huang membantunya untuk mendekati bosnya.
Namun, Huang mengatakan dia harus menyetubuhi wanita itu, untuk menyingkirkan hantu yang menurutnya tinggal di dalam vaginanya. Huang juga meminta wang sebesar tiga ribu dolar Amerika untuk melakukan hal itu.
Huang ditangkap pada hari berikutnya, setelah mangsa melapor kepada polis . Di hadapan polis, Huang mengaku tidak pernah berhubungan seks dengan pelapor, kerana dia tidak boleh ereksi akibat penyakit diabetes yang dideritanya.
Ketika ini, Huang mendekam di dalam penjara, sambil menunggu perbicaraan di Mahkamah Guangzhou. (*)
TRIBUNNEWS.COM
Posting Komentar